Ciri-ciri

BIG Launcher adalah aplikasi kompleks yang dipenuhi dengan banyak fungsi, yang boleh dikonfigurasikan untuk memenuhi keperluan anda.

Skrin halaman utama anda yang baru

BIG Launcher menggantikan ruangan pengguna bagi mana-mana telefon atau tablet dengan Android 2.1 atau lebih tinggi. Ia direka untuk warga tua dan yang cacat penglihatan untuk menyediakan pembacaan yang maksimum dan penggunaan yang mudah.

Ikon yang dibesarkan

Butang yang besar mudah untuk digunakan - ia dikawal oleh sentuhan tunggal, yang membuatkan tiada ruang untuk kesilapan.

Telefon yang senang digunakan

Mengakses semua fungsi telefon melalui ruangan yang mudah. Tiada kekeliruan, tiada komplikasi. Teks yang besar dan ikon warna yang berkod membantu anda untuk membezakan barangan dengan mudah.

Sejarah panggilan yang disusun dengan baik

Akses kenalan kegemaran yang cepat dari menu atau dengan meletakkannya secara terus pada skrin utama. Carian melalui sejarah panggilan dan memanggil semula atau membalas dengan mesej dengan mudah.


Penyunting SMS yang bertulisan besar

Mesej SMS disusun mengikut perbualan. Tulisan besar dan kod warna digunakan untuk memaparkan aliran mesej. Balas dengan mudah bagi mana-mana mesej dengan penyunting SMS yang mudah digunakan. Menulis mesej tidak pernah mudah.

Pemberitahuan skrin penuh

Pilihan pemberitahuan SMS skrin penuh membolehkan anda untuk cepat memanggil kembali atau membalas mesej.

Menjalankan semua aplikasi anda dengan cepat

Menggunakan pintasan yang besar untuk aplikasi anda yang paling kerap digunakan atau mencarinya dengan cepat dalam senarai aplikasi dengan carian segera. Aplikasi yang baru digunakan berada di bahagian atas senarai. Pintasan seperti penanda web juga boleh diletakkan pada skrin utama.

Sembunyikan aplikasi yang tidak diingini

Sembunyikan aplikasi yang anda tidak mahu gunakan untuk memastikan senarai aplikasi anda bersih. Berguna untuk menyekat akses bagi aplikasi luar had sebagai kawalan ibu bapa atau untuk melindungi pengguna daripada sesat dalam navigasi.


100% boleh diakses

Skim warna berkontra tinggi dan tiga saiz tulisan yang berbeza membolehkan anda menggunakan telefon anda tanpa cermin mata. Tema warna tambahan boleh didapati untuk dimuat turun. Sokongan Tambahan untuk skrin pembaca Talkback membolehkan pengguna yang disahkan buta untuk menggunakan telefon mereka dengan mudah dan yakin.

Kawalan alternatif

Ruangan keseluruhan juga boleh dikawal oleh perkakas papa kekunci atau melalui ruangan kerusi roda Tecla. Ia membolehkan pengguna yang lumpuh untuk mempunyai kawalan penuh dan tepat bagi telefon pintar tanpa menyentuh skrin.

Bagi warga tua atau kanak-kanak

Warga tua suka bateri dan penunjuk isyarat yang besar, dail terus kenalan kegemaran mereka dan butang SOS dengan geolokasi untuk kes-kes kecemasan. Kanak-kanak menghargai latar belakang yang berwarna-warni.

Perlindungan kata laluan

Mod skrin penuh dan perlindungan kata laluan menghalang pengguna dari sesat atau dari memadam sesuatu yang penting dari telefon. Ia mewujudkan persekitaran mudah alih yang benar-benar selamat.


Pilih ciri-ciri...

Ubah suai BIG Launcher dengan mudah untuk memenuhi keperluan anda - buat nombor yang skrinnya tidak terhad dengan aplikasi, kenalan, pintasan atau widget. Seret di antaranya atau gunakan butang untuk mengumpulkan fungsi berkaitan.

...dan pilih tema

Anda boleh pilih dari banyak tema visual yang dimuat turun dan pek ikon untuk mengubah suai telefon anda. Selain itu, setiap skrin boleh ada latar belakang yang berbeza.

Dan banyak lagi!

Tidak boleh membuat keputusan sama ada BIG Launcher adalah pilihan tepat untuk anda atau untuk ahli keluarga anda?

Hanya cubanya secara percuma!


Muat turun sekarang!
Bagi semua telefon dan tablet dengan Android 2.1 atau yang lebih tinggi.
Cuba versi demo percuma Tonton video demo
Lihat tema @ pek ikon

BIG Launcher boleh didapati dalam bahasa-bahasa berikut: العربية, english, bahasa melayu, bahasa indonesia, български, česky, dansk, deutsch, ελληνικά, español, eesti, فارسی, français, galego, hrvatski, עברית, 한국어, हिन्दी, italiano, lietuvių, latviešu, magyar, nederlands, 日本語, norsk, português, português brasileiro, polski, русский, română, slovenčina, slovenščina, suomi, svenska, ภาษาไทย, tiếng việt, türkçe, 中文(简体字, 簡體字), ئۇيغۇرچه.

Richard, 48: "Saya bertukar dari iPhone ke Android Terima kasih kepada BIG Launcher Saya tidak memerlukan cermin mata untuk menggunakan telefon bimbit saya lagi. Tidak perlu untuk mengambilnya untuk membalas mesej."
Paul, 37: "Dengan BIG Launcher, saya dapat menyembunyikan semua aplikasi berbahaya daripada anak-anak saya. Ia adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikannya selamat. Perlindungan kata Laluan benar-benar berguna untuknya."